Banjir di Thailand: Angka Kematian Meningkat Kepada 19 Orang - Berita Dunia | mStar

Banjir di Thailand: Angka Kematian Meningkat Kepada 19 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Keadaan banjir di Thailand bertambah buruk dengan angka kematian meningkat kepada 19 orang pagi ini berbanding 13 orang semalam dan kawasan terjejas bertambah kepada 32 wilayah daripada 30 sebelum ini.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand dalam satu kenyataan hari ini berkata sembilan kematian dicatatkan di Surin, enam di Srisaket, dua di Yasothorn dan dua di Nakorn Nayok (wilayah Tengah).

Ketika keadaan banjir semakin buruk, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan menteri Kabinet hari ini melawat kawasan yang dilanda banjir di daerah Sarmkok, Wilayah Pratumthani.

Kawasan berkenaan turut berdepan keadaan serupa dua tahun lepas.

Esok, Yingluck dijadual melawat mangsa dan kawasan yang dilanda banjir di wilayah Prachinburi, Srisaket dan Ubon Ratcha Thani.

Dengan 32 daripada 77 wilayah di Thailand kini dilanda banjir, jumlah mangsa yang terjejas merangkumi 772,488 keluarga atau 2.725 juta orang, meningkat daripada 2.45 juta orang semalam. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan