Sebuah Pulau Baru Muncul Di Pakistan Selepas Gempa Bumi

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah pulau muncul di Pakistan akibat daripada tekanan gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa. Foto AFP
Sebuah pulau muncul di Pakistan akibat daripada tekanan gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa. Foto AFP

KHUZDAR (Pakistan): Sebuah pulau baru muncul di Pakistan selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Baluchistan di daerah Awaran pada Selasa lalu yang kelihatan seperti tanah berdebu yang luas.

"Pulau itu setinggi sehingga 100 kaki dan 200 kaki lebar, muncul selepas gempa bumi melanda di bahagian Baluchistan," kata pegawai kanan pentadbiran Tufail Baluch kepada AFP.

Pegawai itu berkata, pulau yang sama muncul di tempat yang sama di perairan kira-kira 60 tahun lalu tetapi hilang selepas beberapa ketika, yang bermaksud 'pulau' sekarang ini mungkin tidak akan bertahan lama.

Ia bagaimanapun tidak menghalang penduduk tempatan menggunakan bot untuk meneroka pulau itu, yang mungkin dilanda lumpur dan pasir.

Saluran televisyen menunjukkan imej kawasan berbatu yang semakin meninggi di atas paras laut, serta orang ramai yang kelihatan hairan dengan kejadian itu berkumpul di pantai untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku.

Pulau baru itu tercipta akibat tekanan gempa bumi, kata seismologi John Armbruster kepada NBC News, yang mana katanya ia membawa kepada pembentukan sebuah "gunung berapi lumpur."

Beliau berkata, pembentukan lumpur itu merupakan kejadian yang wujud berikutan gempa bumi sekuad magnitud tujuh atau lapan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tahap merah pada Selasa, yang memberi amaran bahawa jumlah kematian yang tinggi berdasarkan data sebelum ini, dan kerajaan wilayah mengisytiharkan darurat di Awaran.

"Jumlah kematian akibat gempa bumi mencecah mencapai 208 orang sekarang. Yang cedera adalah lebih 382 orang," kata Asad Gilani, yang merupakan salah seorang pegawai paling kanan pentadbiran wilayah kepada AFP.

"Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mendapatkan semula mayat dan mereka yang cedera, tetapi keutamaan kami adalah untuk membawa mereka yang cedera ke hospital secepat mungkin," katanya.

"Tidak ramai doktor di kawasan itu tetapi kami cuba untuk menyediakan kemudahan secara maksimum di kawasan-kawasan yang terlibat," kata Jan Muhammad Baledi , jurucakap kerajaan Baluchistan, kepada saluran berita Ary.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan