Gempa Bumi 5.7 Magnitud Gegarkan Pantai Mexico - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi 5.7 Magnitud Gegarkan Pantai Mexico

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Satu gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan pantai di selatan Mexico pada awal pagi Khamis (waktu Mexico), kata seismologi Amerika Syarikat (AS) tanpa melaporkan sebarang kematian atau kemusnahan di kawasan terbabit.

Gempa bumi itu berlaku di Laut Pasifik, kira-kira 106 kilometer barat daya bandar Puerto Madera di Mexico, lapor Kajian Geologi AS di laman webnya.

Satu gempa bumi kecil pada 4.4 magnitut dilaporkan di kawasan berhampiran sejam selepas itu.

Ia terletak 112 kilometer barat daya Puerto Madero. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan