Datuk Bandar London Kritik Masyarakat Kaya UK Suka Kumpul Harta Untuk Diwariskan Kepada Anak

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Boris Johnson. Foto AFP
Boris Johnson. Foto AFP

LONDON: Datuk Bandar London, Boris Johnson mengkritik masyarakat kaya di United Kingdom (UK) kerana gemar mengumpul harta untuk diwariskan kepada anak cucu mereka daripada mendermakannya untuk kerja-kerja amal.

Beliau dipetik oleh portal berita Mail Online sebagai berkata, UK perlu meniru sikap kedermawanan Amerika yang kini sudah pun menjadi satu budaya yang mana orang suka menderma dan mahu diiktiraf sebagai seorang yang penderma.

Johnson sendiri adalah seorang jutawan dan memiliki harta serta rumah bernilai £2.3 juta di kota ini.

Katanya, masyarakat berada UK gemar mengumpul harta untuk diwariskan kepada anak cucu mereka atas sebab-sebab yang tidak diketahui dan ini adalah satu sikap yang tidak bagus.

Bekas ahli parlimen dari Parti Konservatif itu memperolehi pendapatan sehingga £143,911 setahun selaku datuk bandar London dan empat tahun lalu beliau dibayar royalti sehingga £250,000 sebagai seorang kolumnis dalam sebuah akhbar nasional.

Namun begitu, kritikan Johnson itu dianggap sebagai "hypocritical" atau hipokrit kerana beliau sendiri dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang istimewa.

Ahli parlimen Parti Buruh, Simon Danczuk dipetik sebagai berkata: ‘Saya pasti mereka yang bekerja keras dan mahu mewariskan sesuatu kepada anak-anak mereka akan melihat kritikan Boris Johnson sebagai sesuatu yang hipokrit dan enggan diletir oleh seseorang yang hidup dalam suasana penuh keistimewaan hasil daripada apa yang diwarisi daripada keluarganya."

Johnson dilaporkan mengeluarkan kata-kata itu ketika berucap pada satu majlis di sini yang turut dihadiri oleh rakan sejawatannya dari New York, Michael Bloomberg.

Bloomberg, yang sememangnya dikenali sebagai seorang dermawan telah menawarkan sejumlah £4.2 juta dari sakunya sendiri kepada mana-mana bandar di Eropah yang mampu mengeluarkan idea inovatif bagaimana untuk menyelesaikan masalah perbandaran.

Johnson berkata, di UK membeli istana lama, rumah besar dan tanah di desa untuk diwariskan kepada anak-anak adalah satu budaya.

"Tetapi di Amerika. orang kaya di sana memiliki sikap dan pendekatan yang berbeza, iaitu mereka percaya jika mereka mampu mereka harus melakukan sesuatu untuk masyarakat.

"Tetapi ini tidak berlaku di Britain. Jika anda bersikap pemurah anda akan dilihat sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Oleh yang demikian lagi cepat masyarakat di sini berubah sikap iaitu mengumpul harta untuk diwariskan kepada anak cucu maka ia adalah lebih baik untuk masyarakat," ujar Johnson.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan