Lima Doktor Dipecat Selepas Berdemonstrasi Bantah Kehadiran Doktor Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Lima orang doktor kontrak di Hospital Tangerang Selatan (RSU Tangsel) yang terlibat dalam demontrasi membantah kehadiran dua doktor Malaysia di hospital itu pada Jumaat dan Isnin lepas, telah dipecat oleh Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan.

Sementara itu, 18 doktor penjawat awam di hospital itu pula diberikan surat amaran, akhbar harian Kompas melaporkan pada Rabu.

Dalam demonstrasi oleh sekumpulan doktor dari hospital itu, mereka bukan sahaja membantah kehadiran doktor Malaysia di hospital itu malah turut mendesak pihak berkuasa mengganti pengarah RSU Rangsel yang mereka dakwa tidak berlatarbelakang perubatan.

Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan dilaporkan bertindak memecat lima doktor itu dengan alasan mereka melanggar kontrak apabila meninggalkan tugas semasa berdemonstrasi, namun alasan itu dibantah Ketua Jawatankuasa Perubatan RSU Tangsel, Daniel Richard, yang mendakwa kelima-lima doktor itu menjalankan tugas mereka terlebih dahulu sebelum berdemonstrasi.

Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan menyatakan kehadiran dua doktor dari Malaysia itu adalah semata-mata dengan tujuan untuk memindahkan ilmu kepada para doktor di RSU Tangsel.

Ketua Jabatan Kesihatan Tangsel, Dadang Epid menjelaskan lima doktor itu sebenarnya telah ditamatkan kontrak kerana didapati melanggar kontrak kerja yang mereka tandatangani.

"Jumlah doktor yang ditamatkan kontrak ada lima. Jadi, bukan dipecat. Mereka meninggalkan tugas dengan alasan yang tidak munasabah, bukan dengan alasan seperti sakit, misalnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan