Kajian: 1 Daripada 3 Wanita Jepun Mahu Jadi Suri Rumah

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Seorang daripada tiga wanita muda Jepun mahu berkahwin dan menjadi suri rumah sepenuh masa, menurut satu kajian kerajaan meskipun terdapat pertumbuhan bagi penglibatan wanita dalam tenaga kerja.

Kajian itu yang melibatkan lebih 3,000 orang berumur antara 15 dan 39 tahun mendapati 34% daripada wanita yang belum berkahwin tidak mahu bekerja apabila mereka sudah berumah tangga.

Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan itu mendapati hanya kadar wanita yang tidak mahu menjadi suri rumah meningkat sedikit iaitu 38%, manakala yang lain tidak menyatakan pendirian mereka sama ada mahu atau tidak.

Bagaimanapun, mereka yang berpotensi bergelar sebagai suami pula secara keseluruhan tidak berminat dengan idea itu apabila hanya seorang daripada lima mereka mahukan bakal isteri untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Walaupun pendidikan di Jepun pada tahap yang tinggi, kebanyakan wanita di Jepun tidak bekerja lagi apabila mereka mempunyai anak, dan tekanan sosial memainkan peranan untuk mendorong mereka menjadi suri rumah. - AFP

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan