Banjir Di Thailand Tidak Dijangka Jejas Ekonomi

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ekonomi Thailand tidak dijangka menghadapi kesan merosakkan yang besar daripada banjir yang melanda 27 daripada 77 wilayahnya, yang kini menjejaskan kehidupan hampir 1.8 juta orang.

Thanavath Phonvichai, Pengarah Pusat Peramalan Perniagaan dan Ekonomi, berkata wilayah-wilayah yang terjejas itu kebanyakannya adalah wilayah pertanian dan bukan kawasan-kawasan pusat perniagaan.

"Saya menganggarkan banjir ini akan menyebabkan kerosakan bernilai kira-kira 5 bilion baht. Saya tidak fikir ia menjadi risiko kepada keluaran dalam negara kasar," katanya semasa satu sidang akhbar mengenai kesan skim jaminan harga beras di sini Rabu.

Kata beliau, sememangnya rakyat menderita kerana banjir melanda kawasan-kawasan tanaman dan harta.

Banjir telah menjejaskan sektor pengangkutan di wilayah-wilayah Ubon Ratcha Thani, Surin dan Srisaket di kawasan timur laut berhampiran Kemboja dan ini akan menjejaskan eksport ke Kemboja.

Keadaan akan kembali normal dalam beberapa hari, kata beliau.

Katanya, penggunaan akan terjejas jika isi rumah di kawasan-kawasan yang terlibat terus dilanda banjir dan air tidak dapat disalirkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan