Model iPhone Terbaharu 5C, 5S Mula Dijual

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Peminat produk Apple di seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan model iPhone terbaharu, iaitu iPhone 5C dan 5S selepas ia mula dijual kepada umum, awal pagi Jumaat.

Di Australia, orang ramai mula beratur sejak Khamis, walaupun stor jualan hanya dibuka seawal jam 8 pagi.

Di Tokyo, peminat fanatik telefon pintar itu mula beratur minggu lalu walaupun Jepun dilanda ribut taufan, bagi membolehkan mereka antara yang terawal mendapatkan model terbaharu itu.

Media tempatan melaporkan, orang ramai beratur sepanjang satu kilometer pada waktu pembukaan stor.

Dua model iPhone itu mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura pada Jumaat.

Model iPhone 5C dijual serendah AS$99 (RM324) dan didatangkan dengan beberapa warna pilihan iaitu biru, hijau, merah muda, kuning dan putih.

Manakala iPhone 5S dijual serendah AS$199 (RM652) dengan pilihan warna putih, hitam dan emas.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan