18 Polis Afghanistan Terbunuh Dalam Serangan Militan

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KABUL: Militan di timur laut Afghanistan menembak mati 18 polis dalam satu serbuan, kata kementerian dalam negeri pada Jumaat.

Konvoi polis terperangkap dalam pertempuran tembak-menembak di wilayah Badakhshan pada Rabu apabila mereka pulang dari operasi anti pemberontakan.

"Pemangku menteri dalam negeri berasa amat sedih mengenai 18 anggota polis yang maut serta 13 lagi yang cedera dalam serangan pengganas di daerah Warduj di Badakhshan," menurut satu kenyataan kementerian dalam negeri.

"Sekumpulan pasukan polis Afghanistan dalam perjalanan pulang dari operasi pembersihan di pinggir daerah Warduj apabila berhadapan dengan serangan musuh sehingga menyebabkan kematian ramai anggota polis." - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan