Letusan Gunung Berapi Sinabung: Hampir 6,000 Dipindahkan

Diterbitkan: Selasa, 17 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sejumlah 5,956 penduduk dari beberapa perkampungan sekitar Gunung Sinabung, di daerah Karo, Sumatera Utara dipindahkan ke kawasan selamat sehingga petang ini susulan daripada letusan gunung berapi itu awal pagi Ahad.

Sebahagian besar mereka adalah penduduk dari enam buah kampung yang berada dalam radius 3km dari kawah Gunung Sinabung.

Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Utara membuka dapur umum bagi menyediakan makanan kepada para penduduk yang dipindahkan itu.

BPBD Sumatera Utara sedang menyiapkan 2,000 selimut untuk diedarkan kepada mereka manakala topeng muka telahpun diedarkan, katanya di sini, Isnin.

Sehingga pukul 10.45 pagi Isnin, asap putih kelabu membawa abu volkanik, masih kelihatan keluar dari kawah Gunung Sinabung dan tiupan angin membawa asap itu ke arah Timur dan Timur Laut.

Beliau meminta para penduduk terbabit supaya sentiasa mengikuti arahan dan maklumat daripada pihak berkuasa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan