Polis, Penunjuk Perasaan Bertempur Lagi Di Istanbul

Diterbitkan: Isnin, 16 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Polis menggunakan gas pemedih mata dan merian air untuk menghentikan perhimpunan penunjuk perasaan anti kerajaan terhadap kabinet di beberapa bandar di Turki pada awal pagi Isnin (waktu Turki), lapor media.

Di daerah Kadikoy di Istanbul, di mana menjadi kawasan utama bagi demonstrasi itu, menyaksikan beratus-ratus penunjuk perasaan yang meletakkan penghadang dan kemudian menyalakan api, lapor stesen televisyen NTV.

Terdahulu, beribu-ribu orang berhimpun di Kadikoy untuk konsert yang diadakan secara terbuuka, lapor agensi media Dogan sambil menambah bahawa polis menahan berpuluh-puluh orang.

Salah seorang yang ditahan ialah seorang wartawan, menurut sumber kepada seorang jurugambar AFP.

Menurut Dogan, pertempuran itu turut berlaku di beberapa kawasan pinggir ibu negara Ankara, dan di selatan bandar Antakya, di mana kematian seorang penunjuk perasaan, Ahmet Atakan, seminggu lalu dalam satu pertempuran dengan polis sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak di seluruh Turki.

Keluarga kepada pemuda yang berusia 22 tahun itu mendakwa bahawa dia terbunuh oleh serangan tembakan oleh polis, sesuatu yang dinafikan oleh kerajaan.

Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam demonstrasi sejak bantahan terhadap kerajaan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dilihat membangkitkan kerajaan autoritarian pada Jun lalu. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan