Gunung Berapi Sinabung Meletus, Ribuan Penduduk Dipindahkan

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara meletus pada awal hari Ahad menyemburkan abu volkanik dan batu-batu kecil ke beberapa perkampungan di sekitarnya dan memaksa ribuan penduduk berpindah ke kawasan selamat.

Berikutan perkembangan itu pihak berkuasa meningkatkan status amaran Gunung Sinabung kepada Siaga (Peringkat III).

Letusan pada pukul 2.51 pagi itu turut mengganggu beberapa aktiviti penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Sedang, Sumatera Utara, kerana debu volkanik menurunkan jarak penglihatan di lapangan terbang itu selama beberapa ketika, namun keadaan pada masa ini kembali normal.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Gunung Sinabung yang berketinggian 2,460 meter dari paras laut itu mula menunjukkan tanda awal letusan apabila muncul api di puncak kawah pada pukul 2.45 pagi berserta asap tebal hitam yang membawa abu keluar dari kawah Sinabung.

Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Indonesia meningkatkan status amaran Gunung Sinabung daripada Waspada (peringkat II) menjadi Siaga (Peringkat III) dan menyarankan supaya tidak ada sebarang aktiviti dalam kawasan radius 3km dari kawah.

Para penduduk di Desa Sukameriah yang berada dalam radius 3km digesa untuk dipindahkan terlebih dahulu.

"Penduduk di Desa Sukameriah, di daerah kecil Payung, dan Desa Kutarayat, Kutagugung, Simacem dan Bekerah di daerah kecil Namanteran, berpindah sendiri ketika mereka mendengar gemuruh dan letusan Gunung Sinabung. "Penduduk ditempatkan di bangunan sekitar pejabat Pegawai Daerah Karo. Jumlah penduduk yang berpindah masih dalam pendataan. Hingga masa ini belum ada laporan korban jiwa dan kerosakan," kata BNPB dalam kenyataan pada Ahad.

Pasukan Reaksi Cepat BNPB dan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Utara pada pagi ini menuju ke lokasi untuk melakukan penyelarasan dengan Pegawai Daerah Karo bagi menangani bencana itu.

Sehingga pukul 9 pagi ini, Gunung Sinabung dilaporkan masih menyemburkan abu volkanik dan batu-batu kecil namun jumlahnya tidak sebanyak semburan pada awal hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan