Warga Indonesia di Penjara Sabah Berhak Mengundi Pemilihan Umum Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Warga Indonesia yang kini menjalani hukuman di penjara pusat Kota Kinabalu masih berpeluang untuk mengundi pada Pemilihan Umum republik itu pada 9 April tahun depan.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia Soepeno Said berkata mereka masih berhak mengundi walaupun sedang menjalani hukuman di negeri ini.

"Mereka ini berhak untuk memilih dan mengundi apabila telah berusia 17 tahun, berkahwin atau pernah berkahwin, hak politik mereka masih diakui," katanya kepada pemberita sempena majlis perjumpaan Konsulat Jeneral Republik Indonesia bersama penghuni warga Indonesia di Penjara Pusat Kepayan di sini, Rsbu.

Bagaimanapun, katanya, mereka hanya boleh mengundi tetapi tidak boleh mencalonkan sesiapa untuk bertanding.

"Undi mereka dikira sebagai undi pos kerana kertas undi akan diberikan kepada mereka melalui pihak pengurusan penjara," katanya.

Menurut beliau, terdapat 190 warga Indonesia berada di penjara Kepayan dengan pelbagai kesalahan termasuk kes jenayah. "Kebanyakan kesalahan mereka melibatkan melanggar peraturan Imigresen seperti tidak mempunyai dokumen yang sah dan pas kerja tamat tempoh," katanya yang juga dalam rangka lawatan sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-68 dan sambutan Aidilfitri.

Soepeno berkata, setakat ini terdapat 450,000 warga Indonesia berada di negeri ini dan 60 peratus bekerja dalam pelbagai sektor dan lima peratus bekerja sebagai pembantu rumah, sementara yang lain-lain ditanggung pasangan atau pihak majikan.

"Saya berharap pihak majikan juga akan menguruskan pasport dan pas pekerja untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah nanti berikutan pelancaran operasi baru-baru ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan