Majlis Keselamatan Thailand Dicadang Lanjut Perintah Darurat di Selatan

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) akan mencadangkan kepada Kabinet supaya melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan lagi di tiga wilayah di selatan. Cadangan itu akan dibawa untuk pertimbangan Kabinet pada 17 Sept, dan meliputi tempoh 20 Sept sehingga 19 Dis, kata Paradorn Pattanabut, Ketua NSC di sini Khamis.

Sementara itu jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan bagi pelaksanaan dasar dan strategi untuk menyelesaikan masalah di wilayah sempadan selatan pada Khamis meluluskan peruntukan 453.1 juta Baht bagi pembangunan kawasan berkenaan.

Timbalan jurucakap kerajaan, Sunisa Lertpakawat, berkata bajet itu turut merangkumi 77.1 juta Baht untuk pengambilan sukarelawan sebagai anggota sokongan kepada tentera.

Sejumlah 375.1 juta Baht lagi akan dibelanjakan bagi 42 projek pembangunan infrastruktur ke arah menambah baik jalan raya, lampu dan kemudahan awam lain yang akan dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri, katanya.

Di PATTANI, tiga anggota renjer maut dan tiga lagi cedera dalam dua kejadian keganasan berasingan yang dilakukan puak pemisah, menjadikan 10 pegawai keselamatan maut di Pattani dan Yala dalam keganasan sepanjang tempoh tiga hari ini.

Dalam kejadian pada 11.45 pagi ini di Kampung Kotorano, Mukim Klongmai, daerah Yarang, Pattani, empat anggota renjer yang sedang membantu penduduk kampung membina tandas di sebuah masjid diserang lapan lelaki bersenjata menaiki kenderaan pikap mengakibatkan tiga maut dan seorang cedera.

Ketua Polis Daerah Yarang, Kolonel Polis, Wasan Puangnoi berkata lebih 50 kelosong peluru M16 dijumpai di tempat kejadian.

Seorang daripada penyerang itu cedera akibat terkena tembakan anggota renjer dan mereka melarikan diri dengan tiga laras senjata M16 dan sepucuk pistol.

Ketua polis wilayah Pattani Mej Akkapop Wattanachai mengarah lebih 50 pegawai polis, renjer dan tentera memburu serta menyekat kawasan terbabit selain menyiasat di hospital berdekatan jika terdapat pesakit yang menjalani rawatan akibat ditembak.

Dalam kejadian pada 3.20 petang pula, sebutir bom buatan sendiri diletupkan di hadapan Pejabat Pos daerah Mayo, Pattani, mengakibatkan dua anggota tentera cedera, menurut sumber keselamatan.

Bom itu memang disasarkan ke arah tentera yang mengawal keselamatan guru balik dari sekolah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan