Lapan Maut Tanah Runtuh di Mexico

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VERACRUZ: Hujan lebat menyebabkan sebuah bukit runtuh dan meranapkan dua rumah di negeri Veracruz di timur Mexico, mengorbankan lapan orang termasuk tiga kanak-kanak.

Pegawai pelindungan awam tempatan, Ricardo Maza, berkata tanah runtuh itu berlaku di Bandar Manzanatitla, yang terletak di jajaran pergunungan di wilayah berkenaan.

Saksi berkata, sekurang-kurangnya 14 orang berada di dalam dua rumah berkenaan ketika tanag dan pasir menimpa mereka.

Kerajaan negeri berkata, anggota penyelamat masih berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan