Apple Lancar Dua iPhone Terbaru

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memperkenalkan iPhone 5S yang baru sebagai model terbaik yang pernah diperkenalkan, di Cupertino, California, pada Rabu. Apple mula mengambil pesanan Jumaat ini dan pada 20 September dua peranti akan mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memperkenalkan iPhone 5S yang baru sebagai model terbaik yang pernah diperkenalkan, di Cupertino, California, pada Rabu. Apple mula mengambil pesanan Jumaat ini dan pada 20 September dua peranti akan mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura.

CUPERTINO: Buat pertama kali sejak memperkenalkan peranti yang membentuk semula teknologi dan budaya dalam era telekomunikasi, Apple akan menawarkan dua versi iPhone terbarunya.

Satu ialah jenis lebih murah diperbuat daripada plastik berwarna-warni dan satu lagi yang disasarkan sebagai `telefon pintar bertahap emas' dengan perisian lebih pantas, kamera lebih istimewa dan pengimbas cap jari bagi tujuan keselamatan.

Apple menyatakan iPhone generasi baru itu akan mula dijual pada 20 September ketika majlis pelancaran hari ini dengan berlatar belakang tiga lagu persembahan Elvis Costello pada majlis di ibu pejabat syarikat berkenaan di Cupertino, California.

Syarikat itu turut mengumumkan mereka akan meningkatkan kecekapan sistem operasi untuk iPhone dan iPad pada 18 September ini.

Sistem iOS7 menambah stesen radio dalam iTunes, perkakasan pengurusan gambar dan lebih banyak cara untuk mengakses aplikasi.

Ia boleh diperolehi secara percuma dan diserasikan dengan peranti Apple seperti iPhone 4 yang dilancarkan pada 2010 dan iPad 2 pada 2011.

Sistem operasi itu sudah dimuatkan dalam keluaran iPhone terbaru terbabit.

Selain itu, Apple berkata, pihaknya akan memberikan secara percumba aplikasi iPhoto, iMovie, Numbers, Pages dan Keynote sebagai sebahagian daripada iOS7.

Sebelum ini, syarikat itu mengenakan bayaran sebanyak AS$4.99 (RM16.35) bagi setiap aplikasi berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan