Empat Terkorban Dalam Serangan Bom Kereta Di Damsyik

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya empat maut dan enam lagi cedera dalam kejadian serangan bom kereta di barat Damsyik, Khamis.

Letupan itu berlaku berhampiran pusat penyelidikan dan ujian, bergabung dengan kementerian industri di kawasan berhampiran bandar Syria.

"Sebuah bom kereta membunuh empat orang dan mencederakan enam yang lain," lapor agensi berita SANA.

Menurut laporan itu, letupan tersebut turut memusnahkan kedai dan kenderaan yang berhampiran dengan pusat penyelidikan itu. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan