Syria Tidak Gentar Hadapi Serangan Amerika

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Syria menegaskan negara itu tidak gentar berdepan dengan kemungkinan serangan tentera Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia meskipun berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Dalam temu bual eksklusif AFP dengan Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Muqdad, beliau berkata negara itu sudah mengambil langkah sepatutnya untuk mempertahankan negara itu daripada serangan luar.

Beliau juga menegaskan bahawa Russia tidak akan menyokong tindakan Barat untuk menyerang Syria meskipun Presiden Vladimir Putin mengesyorkan agar Barat mempertimbangkan tindakan itu dengan sebaik-baiknya.

“Amerika sedang menggerakkan tenteranya dan Damsyik juga melakukan perkara sama dan sekutu kita juga menawarkan bantuan yang diperlukan," katanya.

“Iran, Russia, Afrika Selatan dan beberapa negara Arab sudah menolak sebarang tindakan untuk menyerang Syria dan mereka bersedia untuk berdepan dengan peperangan yang akan disytiharkan Amerika dan sekutunya termasuk Perancis," katanya.

“Kerajaan Syria tidak akan mengubah sebarang kedudukan walaupun berlakunya Perang Dunia Ketiga. Tiada satupun rakyat Syria sangup mengorbankan kemerdekaan negara mereka," katanya.

Ketika ini, Presiden AS, Barack Obama sedang bertungkus-lumus untuk menyakinkan ahli Kongres bagi menyerang rejim Presiden Bashar al-Assad.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan