Pemimpin Republican Tolak Permintaan Russia Bincang Isu Syria - Berita Dunia | mStar

Pemimpin Republican Tolak Permintaan Russia Bincang Isu Syria

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Pemimpin tertinggi Parti Republican di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, John Boehner, menolak permintaan untuk bertemu dengan delegasi dari Russia bagi membincangkan masalah di Syria, kata jurucakapnya pada Khamis.

Awal minggu ini, Presiden Russia, Vladimir Putin secara terbuka menyokong rancangan untuk menghantar delegasi parlimen ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengadakan perbincangan dengan Kongres negara itu.

Inisiatif itu bertujuan memujuk ahli parlimen AS supaya tidak menyokong rancangan Presiden Barack Obama untuk menyerang Syria berikutan penggunaan gas sarin ke atas rakyatnya yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban di pinggir bandar Damsyik pada 21 Ogos lalu.

“Speaker menolak permintaan Kedutaan Russia untuk bertemu dengan delegasi,” kata jurucakap Boehner, Michael Steel.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan