Serangan Ke Atas Syria Burukkan Lagi Konflik - Ki Moon

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memberi amaran serangan ke atas Syria oleh tentera Barat hanya memburukkan lagi konflik di negara itu.

Tanpa menolak kemungkinan opeasi ketenteraan yang kini dipertimbangkan Amerika Syarikat dan sekutunya, Ban mahu sebarang tindakan ketentera harus dilakukan dengan berhati-hati.

“Saya dimaklumkan alasan untuk tindakan kententeraan itu untuk membendung penggunaan senjata kimia," katanya pada taklimat media di Ibu Pejabat PBB sebelum mengetuai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 di Russia, hari ini.

“Pada masa sama, kita mesti mengambil kira kesan tindakan itu supaya tidak menjadi pertumpahan darah.

“Semuanya mesti dibuat mengikut kerangka Piagam PBB," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan