Askar Maut Ditembak Puak Pemisah Di Papua

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SORONG: Sekumpulan penembak tepat yang dipercayai anggota puak pemisah yang bersembunyi di kawasan pergunungan Papua, Indonesia menembak mati seorang askar pada Isnin.

Ia merupakan serangan terbaru terhadap pasukan keselamatan di wilayah tersebut.

Pegawai polis, I Gede Sumerta Jaya berkata sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah beberapa askar yang mengawal jalan di sekitar perkampungan Tingginambut di Papua Barat pada Sabtu ketika trak menghantar bekalan makanan dan barang keperluan lain.

"Penembak tepat memulakan tembakan ke arah beberapa askar di kawasan pergunungan. Seorang askar mati akibat ditembak di perut dan meninggal dunia di hospital," katanya.

Jaya berkata, polis telah memulakan siasatan dan percaya kumpulan tersebut ada kaitan dengan kumpulan pemisah, Gerakan Papua Merdeka (OPM) berdasarkan modus operandi yang sama dalam serangan terdahulu.

Serangan ke atas pasukan keselamatan sering berlaku di Papua.

Seorang anggota polis dan dua orang awam maut dalam satu serangan yang dilakukan puak pemisah, Jun lalu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan