Senator Australia Xenophon Rancang Perkenal Semula Label Minyak Sawit

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Senator Bebas Nick Xenophon merancang mendesak semula undang-undang baharu untuk menguatkuasakan pelabelan minyak sawit yang sesuai sebaik sahaja Parlimen Persekutuan bersidang semula selepas pilihan raya 7 September ini.

Beliau mendakwa minyak sawit digunakan dalam 40 peratus semua produk makanan walhal hasil tanamannya di Asia Tenggara telah mengancam habitat asli orang-utan.

Beliau memperkenalkan perundangan label yang sama pada 2009 dan ketika melalui Senat, ia gagal mendapat undian di parlimen selepas mendapat bantahan kuat daripada kerajaan Malaysia.

"Saya berazam untuk memperkenalkan semula rang undang-undang ini selepas pilihan raya, tidak kira parti mana yang berkuasa," kata Xenophon dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Saya mahu pastikan perkara ini dibincangkan kerana ia terlalu penting untuk diketepikan."

Xenophon turut mendakwa setiap tahun, ratusan orang-utan mati di Borneo dan Sumatra kerana pembersihan hutan untuk tanaman kelapa sawit.

Kawasan hutan yang dibersihkan setiap tahun itu bersamaan dengan keluasan 300 padang bola.

The Australian Associated Press melaporkan kempen Xenophon itu telah mendapat sokongan Yayasan Antarabangsa Orang-utan dengan duta Australia dan pakar bedah saraf terkemuka Charlie Teo menyatakan pemusnahan hutan hujan boleh menjuruskan kepada pupusnya orang-utan dalam tempoh beberapa tahun ini.

"Saya rasa para pengguna Australia akan turut terasa jika mereka mengetahui mereka turut menyumbang kepada pemusnahan orang-utan serta hutan hujan. Mereka tentu mahukan kebenaran dalam pelabelan," kata Dr Teo. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan