37 Maut Bas Jatuh Gaung Di Kenya

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 37 orang maut dalam nahas bas yang terjunam ke dalam gaung di barat Nairobi pada Khamis.

Pegawai trafik, Samuel Kimaru berkata, mayat mangsa bergelimpangan di merata tempat dalam nahas ngeri itu.

Daripada jumlah itu, seramai 33 adalah orang dewasa manakala empat lagi adalah kanak-kanak.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Nairobi ke Homa Bay di tepi tebing Tasik Victoria pada mulanya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan