Calon Presiden Indonesia: Populariti Jokowi Meningkat Hampir Sekali Ganda

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joko Widodo
Joko Widodo

JAKARTA: Gabenor Jakarta Joko Widodo atau nama akrabnya Jokowi kekal sebagai tokoh paling digemari sebagai calon Presiden Indonesia untuk Pilihan Raya Umum Presiden 2014 dengan popularitinya meningkat hampir sekali ganda, demikian menurut satu kaji selidik terkini.

Akhbar nasional Kompas yang menjalankan tinjauan pendapat itu pada Jun 2013 mendapati populariti Jokowi meningkat hampir sekali ganda kepada 32.5 peratus berbanding hasil kaji selidik serupa pada Disember 2012 (17.7 peratus).

Para responden kini menumpukan perhatian kepada lima tokoh paling popular sebagai calon Presiden Indonesia iaitu Jokowi dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), diikuti pemimpin Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) Probowo Subianto, Ketua Umum Parti Golongan Karya (Golkar) Aburizal Bakrie, Ketua Umum PDI-P yang juga bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri, serta bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dari parti Golkar.

Kaji selidik terbaharu itu mendapati populariti Prabowo ialah 15.1 peratus, Aburizal (8.8 peratus), Megawati (8 peratus) dan Jusuf Kalla (4.5 peratus).

Peningkatan populariti Jokowi itu dikatakan menjadi petanda kepada bertambah kuatnya keinginan rakyat Indonesia untuk melihat kehadiran generasi kepimpinan politik nasional yang baharu pada pilihan raya umum presiden itu, akhbar harian Kompas melaporkan Isnin.

Itulah kesimpulan daripada tinjauan pendapat secara berkala itu terhadap 1,400 responden terdiri daripada bakal pengundi pada pilihan raya umum 2014, yang dipilih secara rawak dari 33 provinsi di seluruh Indonesia.

Antara penemuan penting tinjuan pendapat itu ialah rakyat daripada pelbagai lapisan dari segi demografi, sosial ekonomi, mahupun latar belakang politik pengundi semakin banyak menyokong Jokowi, manakala peratus penolakan oleh responden terhadap Jokowi semakin mengecil dan mewakili kurang dari lima peratus.

Responden yang menyokong Jokowi tertarik dengan ciri-ciri keperibadian serta kompetensi yang ditunjukkan beliau dalam gaya kepimpinannya termasuk sifat ketulusan, kesederhanaan, gemar turun padang selain memperkenalkan dasar-dasar yang berpihak kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan