42 Maut Letupan Bom Kereta Di Masjid Tripoli

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Al-Taqwa yang rosak teruk dalam letupan bom, awal pagi Sabtu.
Orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Al-Taqwa yang rosak teruk dalam letupan bom, awal pagi Sabtu.

TRIPOLI: Dua letupan bom kereta berkembar di luar masjid di Tripoli, utara Lubnan awal pagi Sabtu menyebabkan 42 orang maut manakala lebih 500 lagi cedera.

Menurut pihak berkuasa dan beberapa saksi, letupan itu berlaku selepas sembahyang Jumaat selesai.

Letupan pertama berlaku di Masjid al-Taqwa yang terletak di Dataran Abu Ali, menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh mayat rentung dalam beberapa kenderaan yang terbakar.

Letupan kedua pula dilaporkan berlaku lima minit selepas itu di Masjid al-Salam di Mina, tengah Tripoli yang turut menyebabkan kematian.

Klip video yang disiarkan stesen televisyen menunjukkan asap hitam tebal kelihatan di bandar berkenaan dengan mayat bergelimpangan di sekeliling kereta yang terbakar.

Ia seolah-olah gambaran ketika perang saudara di Lubnan yang berakhir pada 1990.

Serangan itu adalah serangan bom yang kedua dalam tempoh seminggu.

Ia adalah serangan bom terkuat dan paling terburuk di Tripoli sejak berakhirnya perang saudara sebelum ini.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan