14 Pemimpin Dunia Sahkan Kehadiran Pada Sidang Kemuncak APEC 2013

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Empat belas pemimpin daripada 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengesahkan kehadiran mereka pada sidang kemuncak tahunan APEC yang dijadual diadakan di Nusa Dua, Bali, pada 7 dan 8 Oktober.

Selain Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebagai hos, Presiden Amerika Syarikat Barak Obama, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinpin adalah antara yang awal mengesahkan kehadiran mereka.

Xi telah mengesahkan beliau akan menyampaikan ucapan penutup dan menghadiri majlis penyerahan dengan Yudhoyono, memandangkan China akan menjadi hos sidang kemuncak itu tahun depan, kata Ahmad Kurnia seorang pegawai dari sekretariat perhubungan awam dan media bagi sidang kemuncak APEC di Nusa Dua.

Jawatankuasa penganjur masih menunggu pengesahan dari tujuh pemimpin negara anggota APEC iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Hong Kong, Papua New Guinea, Taiwan dan Vietnam.

Sementara itu, Pengarah Sidang Kemuncak CEO APEC 2013 Ricky Sugiarto berkata sembilan daripada 14 pemimpin telah mengesahkan bahawa mereka akan tiba di Bali lebih awal untuk menghadiri sidang kemuncak CEO APEC pada 6 dan 7 Oktober.

Sidang kemuncak APEC, bertemakan "Ke arah Daya Tahan dan Pertumbuhan: Membentuk Semula Keutamaan Untuk Ekonomi Global", akan bermula dengan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan pada 1 dan 2 Oktober diikuti Mesyuarat Peringkat Menteri pada 4 dan 5 Oktober, sidang kemuncak CEO pada 6 dan 7 Oktober, dan berakhir dengan sidang kemuncak para pemimpin pada 7 dan 8 Oktober.

Sidang kemuncak itu juga dijangka dihadiri 5,250 pemimpin ekonomi dan 3,000 wartawan dari seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan