Biro Narkortik Singapura Tahan 11 Orang, Rampas Dadah Bernilai S$207,000

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) di sini menahan 11 orang dan merampas lebih 2.7 kilogram dadah dalam satu operasi.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pihak berkuasa berkata pegawai CNB yang menyiasat aktiviti dadah terhadap seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berusia 38 tahun telah dibawa ke tempat persembunyian di blok HDB Toa Payoh Lorong 5, di sini.

Lelaki berkenaan bersama pengguna dadah, seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di tempat persembunyian itu.

Sebanyak 1.2 kilogram heroin, 1 kilogram ganja dan 90g 'Ice' ditemui di rumah berkenaan. Kelengkapan menghasilkan dadah turut ditemui.

Susulan penemuan itu, lapan lagi penagih dadah berumur antara 21 hingga 45 tahun ditahan di sebuah hotel bajet, di kawasan Bugis.

Dalam serbuan itu, sebanyak 450 gram ganja, 80 gram heroin dan pelbagai ubat-ubatan lain dan kelengkapan dadah turut ditemui. Secara keseluruhannya, ubat-ubatan bernilai lebih S$207,000 (RM517, 500) telah dirampas. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan