Beratus Pendatang Tanpa Izin Mendarat Di Itali Sejak Isnin

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROM: Lebih enam ratus pendatang tanpa izin dari Eritrea, Pakistan, Syria beberapa buah negara lain telah mendarat di pantai Itali menggunakan tiga buah bot sejak malam Isnin sehingga Selasa.

Sebuah bot didapati mendaratkan sehingga 336 orang pendatang tanpa izin di Porto Empedocle di kepulauan Sicily.

Kesemua mereka adalah dari Eritrea, Afrika.

Sebuah bot lagi pula yang membawa 233 orang pendatang tanpa izin telah mendarat di Pulau Lampedusa, iaitu pulau milik Itali yang terletak paling ke selatan negara itu.

Kebanyakan mereka adalah dari Mesir dan Syria yang sedang bergolak dengan perang saudara dan kekacauan politik.

Manakala bot ketiga dengan 67 penumpang mendarat di sebuah pelabuhan kecil di Syracuse di selatan Sicily.

Kesemua mereka mendakwa sebagai warga Pakistan dan Syria.

Sejak 12 bulan yang lalu, sejumlah 24,277 pendatang tanpa izin telah mendarat di Itali menggunakan bot ekoran kekacauan yang meletus di tanah air mereka.

Sebahagian besarnya adalah dari Afrika Utara.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan