Trak Jatuh Gaung: 10 Maut, 12 Cedera di El Savador

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN SALVADOR: Seramai 10 orang maut dan 12 lagi mengalami kecederaan di timur laut El Salvador pada Isnin selepas trak yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung di sini, kata polis.

Jurucakap polis di Cacaopera berkata, kejadian berlaku selepas kenderaan terbabit hilang kawalan dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter.

Trak berkenaan membawa barangan jualan ke pasar dekat Cacaopera ketika kejadian berlaku. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan