108 Angka Korban Hujan Monsun di Pakistan

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ISLAMABAD: Seramai 108 orang terkorban, manakala lebih 300,000 yang lain terjejas sepanjang minggu lalu kesan daripada hujan monsun yang melanda seluruh Pakistan.

Pegawai Kanan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) berkata, hujan lebat turun di 770 buah kampung dan memusnahkan 2,427 buah rumah.

“Hujan menjejaskan 334,764 orang, membunuh sekurang-kurangnya 108 orang dan 104 cedera," katanya.

Ujarnya lagi, NDMA turut membuka 44 buah kem bantuan di kawasan yang dilanda banjir untuk membantu mangsa yang terjejas. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan