1,004 Penyokong Ikhwanul Muslimin Ditahan - Polis

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Polis Mesir menangkap seramai 1,004 orang yang didakwa menjadi penyokong Ikhwanul Muslimin dalam pertempuran maut sepanjang hari di seluruh negara, menurut kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan awal Sabtu.

"Bilangan mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin yang ditangkap mencecah angka 1,004," kata kenyataan itu, termasuk 558 orang yang ditahan di Kaherah sahaja.

Pertempuran pada Jumaat membunuh lebih dari 80 orang, kata pegawai dan saksi di rumah mayat sementara. -AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan