Jangan Bawa Pemetik Api, Mancis Ke Kota Larangan di Beijing

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Muzium Istana di sini merampas lebih 8,000 pemetik api dan mancis daripada petugas serta pengunjung pada Khamis, iaitu hari pertama larangan membawanya ke kawasan berkenaan dikuat kuasa.

Mulai 18 Mei lepas, petugas dan pengunjung Muzium Istana yang juga dikenali sebagai Kota Larangan, langsung tidak dibenarkan merokok di seluruh kawasan itu.

Langkah itu bagi mengelak risiko kebakaran di muzium berkenaan, kata agensi berita Xinhua yang memetik kuratornya, Shan Jixiang sebagai berkata.

Shan berkata bagaimanapun, pengunjung dibenar mendapatkan kembali pemetik api dan mancis masing-masing di kawasan yang ditetapkan selepas melawat muzium itu.

Kota Larangan merupakan Istana Maharaja China bagi Dinasti Ming dan Qing yang terletak di tengah-tengah kota Beijing, telah diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco pada 1987. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan