Yudhoyono Ingatkan Negara Lain Jangan Lukai Perasaan Bangsa Indonesia - Berita Dunia | mStar

Yudhoyono Ingatkan Negara Lain Jangan Lukai Perasaan Bangsa Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata Indonesia selama ini menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara lain dan berharap negara lain tidak melukai perasaan bangsa Indonesia.

Katanya Indonesia berharap negara-negara sahabat turut menerapkan prinsip yang sama. "Melalui penegasan ini saya berharap, agar semua pihak bekerja secara aktif untuk mencegah aktiviti politik yang dapat mengakibatkan terganggunya hubungan baik Indonesia dengan negara-negara sahabat.

"Jangan lukai perasaan bangsa Indonesia, kerana kami juga tidak ingin melukai bangsa lain," katanya ketika menyampaikan Pidato Kenegaraan sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-68 di Parlimen Indonesia di sini.

Penegasan itu dibuat ketika beliau menyentuh dalam ucapannya itu mengenai persoalan tentang kewajipan negara untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayahnya.

Presiden Yudhoyono berkata konflik Aceh telah diakhiri secara damai dan sehubungan itu beliau mengajak semua pihak supaya menghindari segala tindakan yang boleh mengembalikan wilayah itu kepada keadaan tidak aman seperti pada masa lalu.

Begitu juga dengan keadaan di Papua, Kerajaan Indonesia katanya sedang memberi perhatian kepada program kesejanteraan penduduk di wilayah itu dan sedang merancang suatu formula Otonomi Khusus, yang mampu memberikan nilai tambah dan terobosan baharu bagi kemajuan Papua.

"Di depan sidang yang mulia ini, kita perlu sekali lagi menegaskan bahwa Aceh dan Papua adalah bahagian yang tidak terpisahkan dari NKRI (Negara Kesatuan Republik Indonesia). Pendirian ini merupakan harga mati bagi bangsa Indonesia. "Kami berharap pendirian ini difahami oleh semua pihak. Hendaknya kita semua, baik di dalam mahupun di luar negeri, menghindari segala bentuk propaganda dan provokasi yang dapat mengganggu kedaulatan dan keutuhan wilayah Republik Indonesia," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan