Sistem Pengangkutan Kenderaan Tanpa Pemandu Mesra Alam Pertama Singapura Diuji

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sistem pengangkutan ulang-alik tanpa pemandu mesra alam dan bersih pertama Singapura akan menyaksikan penumpang menggunakannya antara Nanyang Technological University (NTU) dan CleanTech Park JTC Corporation (JTC) tidak lama lagi.

Dalam perkongsian antara NTU, JTC dan Induct Technologies, dan disokong oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB), perkhidmatan ulang-alik elektrik yang dikeluarkan oleh Induct dijangka melalui laluan dua kilometer dengan menyediakan kaedah pengangkutan alternatif yang selamat, dipercayai dan mesra alam.

Kerjasama dua tahun itu akan menyaksikan Institut Penyelidikan Tenaga @ NTU (ERI@N) menguji dan mengoptimumkan perkhidmatan ulang-alik elektrik Induct yang dikenali sebagai Navia dan membolehkannya melalui dengan selamat dengan lalu lintas di Singapura.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata ujian ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan boleh membuka jalan untuk integrasi kenderaan autonomi dalam sistem pengangkutan Singapura untuk mengurangkan masalah pengangkutan yang dihadapi oleh bandar besar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan