Indonesia Haramkan Import Formula Bayi Melalui Batam

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia mengharamkan pengimportan susu formula bayi menerusi Pelabuhan Batam, sebagai langkah pencegahan susulan skandal pencemaran susu syarikat produk tenusu terbesar New Zealand, Fonterra.

"Kami dengar wakil Fonterra di sesetengah negara termasuk Malaysia dan China, menggunakan 'whey protein concentrate' (WPC) yang tercemar dalam produk tenusu mereka.

"Kami akan siasat sama ada produk terbabit telah memasuki pasaran negara ini atau tidak," kata Timbalan Ketua bagi keselamatan makanan dan kawalan bahan berbahaya Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Roy A. Sparring, seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post pada Khamis.

Roy berkata demikian kepada akhbar itu selepas pertemuan dengan wakil Fonterra New Zealand, di pejabatnya pada Rabu.

Media melaporkan kerajaan Malaysia dan China sudah menarik balik formula bayi yang disyaki mengandungi bakteria clostridium botulinum selepas Fonterra New Zealand mengumumkan mengeksport bahan itu ke lapan negara awal bulan ini.

Fonterra berkata, Danone Dumex merupakan antara syarikat menggunakan WPC dan syarikat berkenaan telah menarik balik produknya daripada pasaran di Malaysia.

Roy berkata, sesetengah produk Danone Dumex Malaysia seperti Dumex Mamex Cherish Step 1 dan Dumex Dupro Step 2 dibawa masuk ke Indonesia secara haram menerusi Batam dan mungkin telah diedar ke seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan