Bekas Timbalan Menteri Indonesia Ditangkap Disyaki Terima Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Bekas Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Indonesia, Rudi Rubiandini ditangkap tengah malam Selasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah AS$700,000 dari sebuah syarikat minyak dan gas.

Laporan menyebut sepasukan pegawai dari Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia menangkap beliau dan menyita beberapa barangan bukti termasuk sejumlah wang dolar Amerika serta beberapa dokumen dari kediamannya di Jalan Brawijaya, Jakarta Selatan.

Rudi, yang kini menyandang jawatan Ketua Pasukan Petugas Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) Indonesia, disyaki menerima rasuah dari syarikat berkenaan sebanyak dua kali iaitu AS$300,000 pada bulan Ramadan lalu dan AS$400,000 lagi selepas perayaan Aidilfitri, menjadikan jumlah wang yang diterimanya AS$700,000.

Beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri ESDM selama kira-kira tujuh bulan mulai pertengahan tahun 2012, sebelum dilantik sebagai Ketua SKK Migas pada pertengahan Januari tahun ini.

SKK Migas ialah agensi yang mengambil alih peranan Badan Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas (BP Migas) Indonesia yang dibubarkan oleh keputusan Mahkamah Konstitusi Indonesia kerana kewujudannya didapati tidak berperlembagaan.

Rudi, yang juga seorang ahli akademik, sebelum ini pernah menjadi Penasihat Pakar kepada Ketua BP Migas pada 2009-2010 dan Timbalan Ketua Pengendalian Operasi BP Migas pada 2011-2012.

Banyak tokoh nasional pada Rabu menyatakan rasa terkejut dengan berita penangkapan Rudi.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sehingga hingga pagi Rabu belum menerima laporan daripada Menteri ESDM Jero Wacik tentang penangkapan Rudi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan