100,000 Pekerja Indonesia Di Luar Negara Kirim Wang RP15 Trilion

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kira-kira 100,000 tenaga kerja Indonesia di luar negara pulang kampung untuk sambutan Aidilfitri yang lalu, yang turut menyaksikan pengiriman pulang wang berjumlah kira-kira Rp15 trilion (RM48 bilion) ke kampung halaman sepanjang Ramadan.

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar berkata jumlah besar pulang kampung semasa Aidilfitri sudah menjadi fenomena setiap tahun dan boleh dikatakan menjadi budaya mereka.

Pada masa lain antara 40,000 hingga 50,000 daripada sejumlah enam juta orang pekerja Indonesia yang sedang bekerja di beberapa negara di seluruh dunia pulang kampung setiap bulan, katanya di Jakarta pada Selasa.

Mereka yang pulang kampung pada Aidilfitri lalu termasuk dari kawasan Timur Tengah yang meliputi Arab Saudi, Kuwait, Jordan, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu selain dari kawasan Asia Pasifik yang meliputi Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Mengenai pengiriman pulang wang pada musim perayaan kali ini, Muhaimin berkata ia dilakukan melalui perkhidmatan perbankan dan syarikat kewangan, namun masih ramai yang mengirim melalui rakan-rakan sekerja yang pulang kampung. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan