Kerajaan Indonesia Bakal Lulus Pembelian Oleh Axiata

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kerajaan Indonesia telah membayangkan bahawa ia akan memberikan kelulusan rasmi kepada pengendali telekomunikasi Malaysia, Axiata Group Bhd, untuk memiliki kepentingan dalam PT Axis Telekom Indonesia, dalam tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Informatika telah memberikan kelulusan awal bagi pembelian Axis, yang majoriti kepentingannya dimiliki oleh Saudi Telecom Co dan Axiata Group menerusi unitnya di Indonesia, PT XL Axiata pengendali mudah alih ketiga terbesar di Indonesia.

"Pada prinsipnya, saya telah meluluskan rancangan (pembelian) yang melibatkan XL Axiata dan Axis itu," kata Menteri Komunikasi dan Informatika, Tifatul Sembiring, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, Selasa.

Bagaimanapun, Tifatul menegaskan bahawa beliau akan memberikan kelulusan rasmi selepas Pihak Berkuasa Kawal Selia Telekomunikasi Indonesia dan Direktorat Jenderal Perangkat Pos dan Informatik kementerian itu mengemukakan penilaian bersama tentang kesahihan pembelian itu.

"Saya akan dapat berikan kelulusan rasmi saya sebelum akhir tahun, kerana mereka akan menyerahkan penilaian mereka sekitar Ogos," katanya.

Menteri itu berkata pembelian Axis oleh XL Axiata akan membantu mewujudkan persaingan saksama dalam kalangan pengendali kerana pasaran terlalu sesak dengan 14 pengendali.

Ini, katanya, telah mengakibatkan persaingan yang tidak sihat kerana tiga pengendali terunggul mengaut 92 peratus pendapatan industri.

PT Telekomunikasi Selular, PT Indosat dan XL Axiata secara tergabung menguasai hampir 70 peratus agihan pasaran, demikian menurut penyelidikan oleh Frost & Sullivan.

Sebelum ini, pengendali-pengendali itu terbabit dalam perang harga untuk menarik pelanggan dan terpaksa mengemukakan bida bagi blok frekuensi yang dilelong oleh kementerian.

Akhbar itu melaporkan bahawa rancangan XL Axiata untuk membeli Axis akan juga memaksa Axis mengembalikan blok frekuensinya kepada kementerian bukan secara automatik menggabungkannya dengan blok frekuensi XL Axiata seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, yang melarang pengendali daripada menyerahkan blok yang diperuntukkan kepadanya kepada pengendali lain.

Namun demikian, kementerian itu sedang membahaskan sama ada blok yang dikembalikan itu kemudiannya harus diserahkan semula kepada entiti selepas pembelian atau dilelongkan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan