Presiden Obama Ucap Salam Aidilfitri Kepada Umat Islam

Diterbitkan: Khamis, 8 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isteri Michelle pada Khamis mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.

Dalam kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar White House, Obama berkata sejak bebarapa bulan lalu, umat Islam telah memuliakan agama mereka dengan berdoa, beribadah serta berpuasa selain menghabiskan masa dengan orang tersayang.

"Michelle dan saya mengucapkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam yang menyambut Aidilfitri di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. "Bagi berjuta-juta rakyat Amerika, Aidilfitri merupakan sebahagian daripada pelbagai tradisi Amerika dan saya berharap agar semua Muslim diberkati dan penuh kegembiraan. Salam Adilfitri," kata Obama.

Beliau berkata iftar di White House tahun ini, beliau bangga dapat menghabiskan masa dengan ramai rakyat Islam Amerika yang mana sumbangan mereka telah menyuburkan demokrasi dan mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

"Ramai daripada kita mempunyai peluang berbuka puasa dengan sahabat Islam dan rakan-rakan - satu tradisi yang mengingatkan kita untuk bersyukur serta menunjukkan belas kasihan kepada golongan kurang bernasib baik dalam kalangan kita, termasuk berjuta-juta rakyat Syria yang dipindah dan berjauhan dari keluarga serta orang tersayang, semasa Ramadan.

Menurut kenyataan itu, Obama berkata bagi membantu rakyat Syria ketika Aidilfitri ini, Amerika telah menyediakan bantuan makanan tambahan sebanyak AS$195 juta (RM643.6 juta) dan bantuan kemanusiaan lain, sekali gus menyaksikan sumbangan AS kepada rakyat Syria mencecah lebih AS$1 bilion (RM3.25 bilion), sejak krisis bermula. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan