Bekas PM Singapura Lee Kuan Yew Lancar Buku Terbaru

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew pada Selasa melancarkan buku terbaru bertajuk 'One Man's View of the World' di Istana.

Diterbitkan oleh Straits Times Press, unit penerbitan buku Singapore Press Holdings, buku dengan 400 halaman itu menyampaikan pandangan Lee mengenai masa depan kuasa-kuasa besar dan kawasan-kawasan serantau di dunia.

Sebuah pasukan daripada The Straits Times menyediakan penyelidikan dan bahan editorial kepada buku tersebut.

Kandungan buku tersebut memuatkan siri temu bual dengan Lee selaku Perdana Menteri, Menteri Kanan, kemudian Menteri Mentor dan salah seorang negarawan yang paling dihormati di dunia.

Pasukan itu terdiri daripada Han Fook Kwang, Zuraidah Ibrahim, Chua Mui Hoong dan Elgin Toh serta Shashi Jayakumar, seorang pegawai pentadbir yang dipinjamkan dari Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Buku tersebut, yang mengandungi 11 bab, meliputi negara-negara atau rantau seperti China, Amerika Syarikat, Eropah, kuasa-kuasa lain di Asia (Jepun, India dan Korea), Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura serta Asia Barat.

Tokoh pemimpin berusia 90 tahun pada September ini turut memberikan pandangannya mengenai ekonomi global, tenaga dan perubahan iklim serta menyentuh mengenai soal kehidupan dan kematian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan