Presiden Baharu Iran Ikrar Terus Sokong Assad

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rouhani melambai tangan selepas upacara mengangkat sumpah di Parlimen Tehran, Iran pagi Isnin.
Rouhani melambai tangan selepas upacara mengangkat sumpah di Parlimen Tehran, Iran pagi Isnin.

BEIRUT: Presiden baharu Iran, Hasan Rouhani pada Isnin menegaskan bahawa negara itu akan terus menyokong rejim Bashar Assad di Syria.

Beliau berkata tiada kuasa tentera di dunia mampu menggegarkan hubungan dua hala yang terjalin berdekad lamanya itu.

Rouhani memberi penjelasan itu ketika tentera Syria dan pejuang pemberontak sedang bertempur di kawasan pergunungan di wilayah pantasi di Latakia, yang menjadi kubu kuat Assad.

Rouhani berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi, di ibu negeri Tehran, demikian lapor agensi berita SANA.

Syria menjadi rakan sekutu utama Tehran di benua Arab sejak Revolusi Islam Iran pada 1979.

Iran juga adalah penyokong kuat Assad sejak krisis Syria bermula.

Tehran dipercayai menyalurkan bantuan berbilion dolar sejak negara itu dilanda krisis pada Mac 2011.

Iran yang menaungi pergerakan Hezbollah juga dilaporkan menghantar pejuang ke Syria untuk meningkatkan keupayaan pertahanan tentera rejim Assad.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan