Majlis Ulama Indonesia Percaya Aidilfitri Jatuh Pada Khamis

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) percaya Aidilfitri akan jatuh pada Khamis (8 Ogos), sekali gus menandakan umat Islam di Indonesia akan menyambut perayaan itu secara serentak bersama anggota pertubuhan Islam Muhammadiyah yang memulakan ibadat puasa wajib Ramadan sehari lebih awal daripada yang lain.

Ketua Umum MUI Ma'ruf Amin berkata Aidilfitri dijangka disambut pada 8 Ogos kerana kedudukan anak bulan Syawal pada ketika itu berada pada ketinggian tiga hingga tujuh darjah.

Bagaimanapun penetapan tarikh 1 Syawal tetap akan dilakukan melalui persidangan isbat (penentuan) yang disertai oleh para perwakilan pertubuhan Islam dari seluruh Indonesia, pada Rabu (7 Ogos), katanya di sini, pada Isnin.

Persidangan isbat berlangsung di Kementerian Agama Indonesia setiap kali pada hari melibat anak bulan Ramadan dan hari melihat anak bulan Syawal bagi mendengar pandangan wakil-wakil dari pelbagai pertubuhan Islam di Indonesia, sebelum kerajaan Indonesia menetapkan tarikh bermula puasa dan tarikh menyambut Aidilfitri.

Sebelum ini Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyah Din Syamsuddin menyatakan anggota pertubuhan itu akan merayakan Aidilfitri pada 8 Ogos. Muhammadiyah ialah salah sebuah pertubuhan Islam terbesar di Indonesia.

Lembaga Penerbangan dan Angkasa lepas Nasional (LAPAN) Indonesia juga sebelum ini menyatakan 1 Syawal akan jatuh pada 8 Ogos kerana pada masa itu kedudukan anak bulan Syawal telah mencapai ketinggian 3.4 darjah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan