10 Cedera Dalam Serangan Bom di Pattani & Yala

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YALA: Lima anggota tentera dengan dua daripadanya parah adalah antara 10 orang yang cedera dalam serangan bom di Yala dan Pattani di selatan Thai pada Isnin.

Dalam serangan pertama pada pukul 8.30 pagi di Kampung Lamda, Yupo, daerah Muang Yala, tujuh anggota tentera yang sedang meronda dikejutkan dengan letupan bom yang diletakkan di dalam kotak besi.

Ketua Polis Daerah Muang Yala Kolonel Polis Pacharapol Na Nakorn berkata bom buatan sendiri seberat lima kilogram itu diaktifkan dengan walkie-talkie.

Polis percaya serangan itu didalangi seorang anggota pemisah bernama Kariya Salleh yang aktif di kawasan Yupo, katanya.

Dalam kejadian di Pattani, lima orang awam cedera apabila sebutir bom tangan M67 dilontar ke dalam sebuah kedai makan di pekan Mayo.

Menurut Ketua Polis Daerah Mayo Kolonel Polis Kon-art Suwannakorn kejadian berlaku pukul 1.30 petang ketika orang ramai sedang makan tengah hari.

Selain itu polis turut turut menahan dua lelaki yang memiliki bom tangan jenis M67 ketika mereka memasuki pekan Pattani, kata Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanchai.

Pada masa yang sama, pihak keselamatan di selatan Thai kini dalam keadaan berjaga-jaga serta mempertingkatkan kawalan susulan maklumat risikan bahawa akan berlaku lebih banyak serangan pada hari-hari terakhir Ramadan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan