Rouhani Angkat Sumpah Presiden Baharu Iran

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hassan Rouhani
Hassan Rouhani

TEHRAN: Imam beraliran sederhana, Hassan Rouhani yang dilantik sebagai presiden baharu Iran pada majlis yang berlangsung di bangunan Parlimen di sini Ahad, menekankan perhubungan dengan negara Islam harus berdasarkan "hormat menghormati, dan bukannya sekatan".

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau turut berjanji bahawa usaha memerangi rasuah dan kesaksamaan akan menjadi agenda utama pentadbiran beliau serta memahami kehendak rakyat Iran untuk kehidupan yang lebih baik dan menikmati

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang tiba di ibu negara Iran dari Kuala Lumpur awal pagi Isnin, menyertai pemimpin-pemimpin kerajaan dari lebih 50 negara menyaksikan majlis yang berlangsung selepas pilihan raya presiden 14 Jun lepas.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden setelah meraih 50.7 peratus atau lebih 18 juta undi daripada jumlah keseluruhan lebih 36 juta undi.

Rouhani, ketua perunding nuklear Iran antara 2003 dan 2005, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Muhyiddin ialah antara pemimpin yang menemui presiden baru Iran itu untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau di luar majlis pelantikan itu.

"Saya juga membawa mesej muhibah dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah) untuk presiden baharu itu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri melahirkan harapan bahawa hubungan antara Kuala Lumpur dan Tehran akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan presiden baru memandangkan kedua-dua negara telah lama mempunyai hubungan dalam perdagangan dan pelaburan.

"Tetapi kami percaya bahawa masih terdapat banyak prospek (dalam bidang ini) dan harapan saya ialah dasar yang lebih terbuka dan pro-perniagaan yang disebut dalam ucapan beliau (Rohani) akan memberi pertanda baik untuk perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Iran," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai keperluan meneruskan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran (JCM), yang kali terakhir diadakan di Putrajaya pada 2008, untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.

"Saya rasa kami akan minta Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia) untuk mencari tarikh yang sesuai untuk mesyuarat, memandangkan kini presiden baru telah dilantik," katanya.

"Dan kami berharap urusan bukan hanya sebagaimana biasa tetapi (bertukar kepada) sesuatu yang lebih positif, lebih berhasil, lebih bermanfaat untuk Malaysia dan Iran," katanya.

Malaysia membuka kedutaannya di Tehran pada 1970 manakala Iran membuka kedutaan di Kuala Lumpur pada 1981.

Mengenai pelbagai sekatan terhadap Iran yang menjejaskan ekonominya serta mewujudkan kesukaran kepada rakyatnya, Muhyiddin berkata: "Mereka (sekatan) telah mewujudkan banyak kesukaran bukan hanya kepada Iran tetapi juga banyak negara yang mempunyai hubungan dengan Iran.

Sehubungan itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk pendekatan baharu mengenai bagaimana Iran berurusan dengan negara-negara lain dan "apa yang boleh dunia lakukan dengan Iran dalam erti kata bahawa ia mesti berdasarkan saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai sebuah negara". - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan