Al-Qaeda Disyaki Terlibat Dalam Kejadian 'Lari Dari Penjara' - Berita Dunia | mStar

Al-Qaeda Disyaki Terlibat Dalam Kejadian 'Lari Dari Penjara'

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LYON: Polis Antarabangsa Interpol mengesyaki penglibatan Al-Qaeda dalam kejadian `lari dari penjara’ baru-baru ini di sembilan buah negara termasuk Iraq, Libya dan Pakistan.

Interpol dalam kenyataannya hari ini berkata bahawa `lari dari penjara’ membawa kepada kejadian beratus-ratus pengganas dan penjenayah melarikan diri pada bulan lalu dan telah mengeluarkan amaran keselamatan.

Ia juga telah meminta 190 negara anggota membantu menentukan sama ada mana-mana peristiwa baru-baru ini untuk diselaraskan dan dikaitkan dengan segera, lalu membawanya kepada pengetahuan pihak berkuasa bagi tujuan pencegahan serangan lain.

Amaran Interpol itu hadir sehari selepas Amerika Syarikat mengeluarkan amaran perjalanan di seluruh dunia dan mengarahkan kedutaannya di seluruh negara Islam ditutup buat sementara waktu kerana terdapat rancangan Al-Qaeda untuk menyerang kepentingan AS di Timur Tengah atau Afrika Utara pada bulan Ogos. -AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan