New Zealand Beri Amaran Produk Tenusu Mengandungi Protein Tercemar

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: New Zealand memberi amaran kepada pengguna antarabangsa bahawa produk berasaskan tenusu yang dieksport oleh syarikat Saturday, termasuk susu formula bayi mungkin tercemar kerana mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit botulisme - penyakit yang boleh membawa maut.

Kerajaan New Zealand berkata pati protein tercemar atau produk yang menggunakan ramuan berkenaan telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam.

Syarikat tenusu terbesar, yang menghasilkan produk berkenaan sejak setahun lalu berkata, lapan pengguna telah dinasihati untuk menyiasat sama ada produk tenusu yang mereka gunakan memberikan kesan sampingan dalam kehidupan mereka.

Sekiranya perlu, produk yang tercemar itu akan dipanggil balik, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Setakat ini tiada sebarang laporan, penyakit berkait dengan penggunaan pati protein berkenaan.

Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser berkata badan kesihatan di seluruh dunia, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah dimaklumkan mengenai pencemaran berkenaan.

"Sebaik sahaja pihak berkuasa New Zealand memaklumkan mengenai risiko berkenaan, kami telah bertindak dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang terlibat di seluruh dunia," kata Groser.

"Kami difahamkan pasaran bahan protein tercemar atau produk yang menggunakan bahan tersebut telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam."

Syarikat berkenaan berkata produk yang terjejas digunakan dalam bahan minuman termasuk susu formula bayi dan minuman isotonik.

"Kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk membantu pengguna dalam memastikan sebarang produk yang mengandungi bahan ini akan ditarik balik daripada pasaran dan kami memastikan orang tahu mengenainya," kata ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut.

Antara simptom-simptom penyakit botulisme termasuklah, berasa loya, cirit-birit, muntah-muntah dan diikuti dengan lumpuh anggota badan dan ia boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Syarikat berkenaan berkata impak yang mungkin dihadapi oleh mereka yang makan produk yang mengandungi bahan yang tercemar tersebut berbeza-beza mengikut peringkat umur dan jumlah makanan yang mereka ambil.

Bagi golongan dewasa, kesan bahan protein yang tercemar adalah kecil dan mereka juga mungkin mengalami simptom berkenaan tanpa menyedarinya," kata pengarah urusan produk tenusu New Zealand kepada pemberita. - AFP

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan