26 Maut Akibat Keracunan Kadmium Di China

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sekurang-kurangnya 26 penduduk kampung yang tinggal dekat sebuah kilang yang tidak lagi digunakan dilaporkan maut akibat keracunan kadmium manakala beratus-ratus lagi jatuh sakit sejak 2009.

Sampel tanah dari Shuangqiao di wilayah Hunan mengandungi 300 kali paras kadmium yang dibenarkan dan jumlah lebihan ditemui pada 500 daripada 3000 penduduk yang menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sebuah kilang bahan kimia utama beroperasi di kampung tersebut sehingga 2009 dan longgokan sisa buangan industri di kilang itu masih belum dimusnahkan.

Agensi berita tempatan menyifatkan situasi itu sebagai salah satu daripada 10 pencemaran terbesar di negara itu.

Menurut Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS), kadmium mempunyai kandungan toksik yang tinggi dan penyebab kanser sekiranya terdedah kepada logam tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan