Wanita Ditahan Rosakkan Beberapa Mercu Tanda Di AS

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang pegawai keselamatan mengawasi patung Abraham Lincoln yang dirosakkan dengan cat hijau.
Seorang pegawai keselamatan mengawasi patung Abraham Lincoln yang dirosakkan dengan cat hijau.

WASHINGTON: Polis Amerika Syarikat (AS) menahan seorang suspek wanita pada Isnin selepas tiga mercu tanda di Washington, termasuk Memorial Lincoln, telah dirosakkan dengan cat hijau.

Jurucakap Jabatan Polis Metropolitan AS mengesahkan penahanan wanita kepada AFP, tetapi tidak memberikan butiran lain.

Institusi Smithsonian berkata "sukar untuk mengenal pasti-cat hijau" yang telah ditemui pada Isnin di sebuah patung gangsa setiausaha pertama Joseph Henry di luar ibu pejabatnya di National Mall.

"Polis melihat cat untuk melihat sama ada ia sepadan dengan apa yang disimbah di Memorial Lincoln" pada malam Khamis, menurut jurucakap Smithsonian Linda St Thomas kepada AFP.

Di tempat lain, cat hijau ditemui pada Isnin di dua gereja kecil berhampiran National Cathedral, kata jurucakap gereja Episcopal.

Berbalik kepada Memorial Lincoln, pekerja terus memadam baki cebisan cat hijau dengan teliti pada patung marmar putih Presiden Abraham Lincoln ketika Perang Saudara.

"Ia akan mengambil masa beberapa hari," kata jurucakap AS Park Service Carol Johnson kepada pemberita.

Polis kemudian berkata, wanita yang ditangkap itu adalah Tian Jiamel, berusia 58 tahun , tiada alamat tetap.

Dia telah didakwa kerana merosakkan harta awam.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan