Sembilan Maut Dalam Pengeboman Taliban Di Afghanistan

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANDAHAR (Afghanistan): Pengeboman yang berlaku di tepi jalan oleh kumpulan Taliban menerusi sebuah kenderaan polis di selatan Afghanistan pada hujung minggu mengorbankan seramai sembilan orang dan mencederakan 15 yang lain, kata pegawai kerajaan pada Isnin.

Insiden itu berlaku pada lewat Ahad di daerah Shahjoy di wilayah Zabul, di jalan utama Kabul-Kandahar di mana merupakan kawasan panas bagi pemberontakan Taliban.

Serangan itu mengorbankan tiga polis termasuk seorang komander dan enam orang awam, kata Timbalan Gabenor Zabul, Mohammad Jan Rasoulyar kepada AFP.

Manakala 15 yang lain cedera dengan kebanyakan mereka adalah orang awam yang berada di tepi jalan sewaktu serangan berlaku. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan