Pembangkang Tidak Iktiraf Kemenangan Parti Hun Sen

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hun Sen (kanan) melambai ke arah penyokongnya selepas membuang undi di wilayah Kandal pada Ahad.
Hun Sen (kanan) melambai ke arah penyokongnya selepas membuang undi di wilayah Kandal pada Ahad.

PHNOM PENH: Parti pembangkang Kemboja pada Isnin membantah kemenangan Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Hun Sen pada pilihan raya umum (PRU) negara ini dengan mendakwa berlaku penyelewengan.

"Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) tidak dapat menerima keputusan PRU ... kerana mendapati berlaku penyelewengan yang serius," kata parti itu dalam satu kenyataan.

Parti itu menggesa sebuah jawatankuasa mewakili kedua-dua parti politik, Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan dan organisasi awam segera ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

CPP mengumumkan memenangi 68 kerusi Parlimen berbanding 55 oleh pembangkang lewat malam Ahad.

"Kami boleh katakan kami memenangi pilihan raya umum ini," kata jurucakap CPP, Khieu Kanharith.

Pada PRU yang lalu, CPP memenangi 90 kerusi parlimen.

Keputusan terbaru itu mengesahkan CPP kehilangan 20 kerusi pada PRU kali ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan